Thursday, July 30, 2009

~~ Belajarlah Bersyukur ~~

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR keranabeliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermaknakita masih mempunyai pekerjaan.
4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kitacukup makan.
5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yangperlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masihlagi boleh mendengar.
7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itubermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR
keranaitu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itubermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itubermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
HAVE A WONDERFUL DAY!!! BELAJARLAH BERSYUKUR... ...

Wednesday, July 29, 2009

~~ tErOwOnG cIPtAaN tHaQiF ~~

Tragedi ini berlaku selepas ummi siapkan thaqif sebelum G klinik minggu lepas .Pas ummi siapkan dia ummi G
mandi jap.siap mandi tgk dia dah terpongen buntut nye kat terowong ciptaan dia tu..act meja tu ada barang
kat atas tp dah terpaksa kosong kan coz thaqif dah pandai amik2 n tarik barang sampai 1 hari tu lampu meja
yg kat atas tu dah menimpa Thaqif..Apa2 yg leh dicapai n bahaya harus ditinggikan sekarang ni.











Keluar je dari terowong dia terus nak masuk bilik sebab dah nampak mcm2 yg menarik kat dalam tu untuk
Dibuat main.mainan yg ummi bagi bukan nak main sgt pun barang2 yg tak sepatutnye main lak dia nak main




Sudahnye pas balik dari klinik terus menidurkan dirinya..mcm ni a keadaan dia waktu tido..kadang2 menonggeng jek tidur,tp kalu tidur meniarap dia lg lena tidur.
kepada ibu2,mama2,yg membaca betul ke kalu anak2 tidur menonggeng org tua2 kata banyak cacing,cam geli je nak type perkataan cacing.kena bg makan ubat ke?





Monday, July 27, 2009

~~ 3 Hari Di kedai Perabot ~~

Hari Pertama :



Start hari jumaat lepas balik keje ayah dah plan nak G survey perabot untuk umah baru..n lepas maghrib

bermula la operasi kuar masuk kedai perabot..

1st g kedai kat Area setapak G 1 kedai nampak cantik tp tak menarik hati lak..

G wangsa maju lak..1st g ground Floor dulu tgk 2 kat ctu dulu cantik gak tp tak menarik hati gak..
Salesman tu ngan panjang lebar bercerita dah pujuk2 la suh amik..pas tu G kedai sebelah lak tanya yg itu ,tanya yg Ini..sampai naik penat salesman tu nak menjawab...tp tak beli gak..

Sampai la ke 2nd floor baru berjumpa yg berkenan di hati..berlama2 kita org ber3 kat kedai tu sampai kedai dah tutup baru balik..Nasib baik beli kalu tak mau nye org tu merungut2 kot..



Disebabkan lama sgt ummi yg sebelum kuar dah kuarkan sume brg nak masak cancelled memasak coz dah penat berjalan maka makan di kedai je la..Cian Thaqif sampai ngamuk2 penat sgt dah ikut ummi n ayah...Tp Thaqif seronok coz uncle2 kat ctu rajin melayan dia .hari pertama tak de pic kat kedai coz ummi takut nak snap2 coz kat ground Floor tu ada tertulis ( No Camera )


Hari kedua lak G lagi petang tu coz nak bayar 1 g barang yg di booking semalam..tp kali ni datang ngan nenek sekali,Salesman kat c-tu memang mesra ngan budak2 Thaqif lak memang jenis tak takut so ngan sape2 je dia berdukung.tp kali nie ummi ada pic coz bila dia letak thaqif kat 1 chair nie dia suh ummi amik camera dha jd mcm studio photoshoot lak..sampai dia pun amik camera dia ,rasa mcm nak mintak gmbr yg dia amik kat camera dia tp malu lak..sebab dia dapat pic thaqif yg ummi tak dapat amik..









Hari ketiga pun G lg Coz nak temankn kakak Ayah pun nak beli kat kedai tu

gak.kali ni pun sampai kedai dah tutup gak kita org kat kedai tu...
Susah gak nak pilih ni,nak dapat yg berkenan dihati,kalu leh nak yg cantik n murah je tp mana nak dapat kan.
So untuk bahagian perabot dah selesai.Skrg tggu sikit2 keje lg baru leh basuh Rumah N leh pindah masuk.
Harap sebelum mula puasa dah eh pindah la..lepas tu Ayah pun nak sign On semula.mybe thn nie ayah beraya kat kapal la kot.Kalau dapat beraya ngan ayah bagus gak..kalu tak ummi ngan thaqif relakan ayah mencari rezeki.Tahun Depan make sure kita raya sama2 ye ayah : )







Saturday, July 25, 2009

~~~ Takut Tapi Mau ~~


Khamis lepas G jjAu2 coz nak cari botol susu Thaqif,kata member ada jcard mbr sales.tp tak ada pun.nasib baik ada less 20% sempena mega sales ,berbaloi la gak..
kebetulan dtg kali nia masuk ikut pintu belakang,terjumpa la ngan mesen yg leh masuk duit pas tu nyanyi2 sambil bergerak tu..mula2 letak dia kat thomas tp tak masukan duit..dia memang suka..terus pegang stering.
Par tu try letak kat mesen alephant lak sambil masukan duit so bergoyang n ada lagu..
dia ngan muka takut nak bgn tak mau duduk ,muka nak nk nangis dah..kelakar tgk dia takut..
time balik tu singgah n letak lg dia kat dalam tu ..dia tetap fobia mcm tak mau duduk sambil tgk2 belakang takut benda yg sama jd lg kot..
mybe dia suka duduk tanpa goyang n lagu..

~~ New Looks ~`

Apa Kata anda ngan wajah baru ini?

~~ Step By Step ~~

Hari selasa sebelum dia berdiri ummi tgk thaqif dah angkat tinggi kaki n bontot di mcm nak berdiri kat lantai n masa dia main2 kat lantai...
Rupa-rupanya sok lak dia dah bandun berdiri ngan bantuan dinding baby coat tu nasib baik perasan kalu tak..bahaya ooooo,dia lak jenis memang tak diam nyer tgn.
bila dia dah tau caranye asyik nak berdiri saje la kejenye,kdg2 masuk bawah kerusi pun nak berdiri gak..sure la kepala dia terhantuk pada kerusi tu..tp dia nangis jap je pas tu sure dia sambung semula..

~~ Gigi pertama & Kedua ~~


Burung kakak tua,hinggap di jendela,thaqif belum tua gigi nya tumbuh 2...
Awal tujuh bulan gigi pertama thaqif tumbuh side bawah
pas tu gigi kedua tumbuh kat side atas lak..Gigi atas nya gigi kapak..
Skrg dia suka gigit apa je barang kerusi2 pun dia gigit gak..sampai ayah gelar dia anai2 besar dah makan kayu..
Selain gigit barang dia suka laga2kan gigi atas nga gigi bawah..sampai berbunyi ngilu rasanya..
Dah mula gak gigit peha ummi ,harap2 tahap nak gigit badan orang tu tak la kronik..
Selamat Tumbuh gigi ye Thaqif..

Thursday, July 23, 2009

~~ Sedih & Terkilan & Happy ~~

Denda yg dikenakan akibat kalah main laga kepala.



Pic2 kat atas tu ummi amik time Thaqif ngan ayah berdua dalam bilik sambil main lawan tolak2 kepala..
pandai dia main ,sampai bila ayah kalahkan dia dia tarik rambut ayah...tapi dia kalah gak makum la dia kan lg kecik dr ayah..Dia yg kalah ayah denda jd kambing panggang....dah terbalikkan dia pun masih gelak lg..ummi kadang2 risau tgk cara dia main ngan ayah tp dia lak suka bila main yg pelik2 mcm tu...















Yg sedih & terkilan ialah Thaqif hanya Nak minum SUSU UMMI hingga umur nye 6 bulan <>
harap2 2nd bby nanti ummi full ngan susu n dia nak la fully brestfedding..Sangat Berharap.
STOP cite pasal B/F.


Yg Happy nya ialah Sekarang umurnya 7 bulan 1 week 5 day old..mcm tak sangka je ummi ada seorang anak dah besar pun...tak terasa pun masa tu berlalu..tup-tup Thaqif dah menghampiri umur 1 thn..org2 pun dah sibuk menanyakan bila nak tambah lg..Tambah lagi memang nak ,kalau dimurahkan rezeki Ummi terima je..nak2 kalu dapat Twin kan ?mcm Ziana Zain tu lg syok sekali dapat Sepasang Boy & Girl...best nya.


sekarang Si Ahmad Thaqif
:: Giginya tumbuh 2 batang sudah..satu dibawah & satu diatas,suka laga2kan gigi sampai berbunyi..ngilu..

:: Time mandi suka main Buih kadang2 dia amik buih n Suap masuk mulut..

:: Time pakai diapers selalu gaduh coz dia suka lari ngan bogel2 tu..amik masa lama nak tenangkan dia umpan ngan mcm2 nak bg dia diam.kadang2 ummi marah pun dia gelak2 je ...

: Merangkak ke merata2 tempat,msk bilik kuar bilik..


:: paling bahaya masa letak dalam baby kot dia bangun n berdiri..sesuka hati je tanpa ada rasa takut..

:: Kalu leh setiap tempat yg leh dia capai ,dia nak bangun & berdiri..kita yg menengok yg rasa gerun dia steady
jek.masa kat umah nenek ,nenek tinggalkan dia tutup grill sedar2 dia dah berdiri pegang Grill.

:: kau kat lantai ni dah berjuta kali dah ummi rasa asyik terjatuh je.



:: Ayah cite dia dah pandai merajuk..kdg2 kalu nangis dia paling kan muka ngan tundukkan muka sampai lantai
sambil nangis. cengeng mcm sapa tu Ayah?

:: Sekarang ummi rasa masa nak manja2 ngan dia mcm tak cukup je..Kalu boss tak ada Ayah ada keje ,ummi sanggup bawak office,duk ngan ummi puas hati ummi,tp kdg2 dia lak buat hal nak dukung je tak leh letak langsung,dia tak mau tido nak main je.


:: kalau naik kereta dalam keadaan sedar ( tidak tidor) dia suka berdiri pusing keliling tgk je specially malam
malam coz cahaya lampu yg menarik pandangan dia..Tp klu dah dapat tido usik mcm mana pun dia akan
tetaptido..

:: Kalau naik kete ngan ummi duk diam je dalam seat dia sambil menung je,buat muka sedih..cian anak ummi
ummi tak ayan dia sgt kot,dia pun layan perasaan sendiri je.
:: Sekarang makanan harian dia bubur nasi yg di tapis & di blend lauk dia madu,ayam,brokoli,carrot,kurma
epal hijau & merah,bual pir,pisang,Tp sayangnye thaqif tak berapa suka makan ikan..selalu mkn tah habis,ummi dah stop bg nestum kat dia setelah di nasihatkan oleh misi clinik kampung pasir ,ada lg balance yg lama nanti nak bagi je la tak elok membazir...

*
8
*
8
*
8
*
8
*
8
*
8
*
8
*





nanti ummi nak storykan pasal tahqif yg penakut tp mau lak..











Tuesday, July 21, 2009

~~~ Semoga Bahagia Hingga Akhir Hayat ~~

To Aziah & Hubby Ktin Ucapkan selamat Pengantin Baru!!!!
Ayah & Thaqif Di Bawah Gerbang Pengantin...

Muka Blur Coz Bingit telinga dgr nyanyian n Muzik yg Kuat!!


Ahad lepas

















Monday, July 20, 2009

~~ Happy 28th Birthday My Lovely Husband~~

Thaqif la orang yg paling pantas segala-galanya...kalu leh sume dia nak buat..
Tangan dia pun cepat je nak capai ...nasib cepat nampak kalau tak mesti kek dah penyek..

Ayah yang Sangat bersungguh2 meniup lilin...2+8 = 28 tahun.
Si Thaqif lak sangat bersungguh2 menengok api lilin...maklum la budak kecik nie mana pernah tengok api lilin..banyak2 cam tu...
Kebetulan Semalam ummi amik leave coz nak bawak Thaqif G Injection ..so leh la ada msa ngnayah n thaqif sempena hari birthday ayah..kul 12pm ummi kuar g amik cake ..balik umah ayah dah sedia nak tiup lilin..maklum la benda dah tak surprise kan..tak pe la janji ayah happy...
Birthday Ayah yang tidak se surprise b'day party ummi coz kebetuln jumaat ummi M/C..sepatutnye hari tu ummi dah rancang nak G order Cake untuk surprisekan ayah tp..apa yg dirancang tak menjadi..so terpaksala Hari sabtu ummi siap ajak ayah G order Cake..huhuhu..apa nak buat lg pun ummi rasa susah nak rahsia2 nie..tunggu la kalu ada rezeki tahun depan lak ummi nak wat kejutan kat ayah...pas dah makan kek..kuar G umah nenek bg kek pag tu g kampung baru nak jumpa mak teh & bagi kek gak..
Pas tu Ummi borong durian coz ayah request nak makan durian...singgah kat keramat jap ..dapat la 2 biji durian besar n 4 biji durian kecil .singgah jumpa nenek lagi bagi durian ..pas tu baru balik umah..makan berdua habis 1 biji besar ngan 4 biji kecil...kenyang makan durian..sampai nak termuntah lak rasa makan banyak2..
Thaqif pun ummi bagi dia rasa durian gak...Nyum2 dia kata..ummi bg dia rasa coz dia kalu nampak org makan dia mesti mintak sambil kata nyum2..sampaikan masa b/fast pg tu ummi ngan ayah makan roti canai dia asyik mintak nyum2 kesian nasib ada bahulu ummi suap je kuih bahulu..dah dapat makan baru dia senyap..
hadiah untuk Ayah Menyusul kemudian yek ayah..ummi pening nak beli apa la nak bg hadiah ..
tak pe ye ayah lambat sikit yek...
To Ayah Ummi Doakan Semoga Allah Panjangkan Usia Dan Dimurahkan Rezeki Selalu..Semoga Terus Jadi Suami Yg Terbaik Untuk Ummi & Moga Terus Menjadi Ayah Yang Terbaik Untuk Thaqif...sayang Ayah Selalu..Terima kasih untuk semua kasih sayang yg telah ayah kongsi bersama..
Ummi Nak ucap selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg kedua..untuk Moyang Eyza & Hubby nye Jamil moga Bahagia selalu N dimurahkan rezeki...









Thursday, July 16, 2009

~~ Akhirnya ~~

Selasa lepas Ayah G Rawang Sorang2 tinggalkan Thaqif Ngan Ummi..Then Tiba kat sana dah nak dekat sangat ngan umah tiba2 keta ayah rosak,ummi dah risau mcm mana nie..nasib ayah hantar thaqif pada ummi kalu tak cian nya anak ummi kena naik kete yg tow kete ayah gak..mula nya ummi mintak2 la tak rosak teruk so tak yah la ummi drive kesana..tp memang keta ayah kena tinggal sana,sok nye bru siap..nak tak nak kena gak la ummi drive kesana..
ummi act takut coz blm penah lg drive ke sana ..tp ummi kuat kan semangat...NAsib baik boss ummi allow ummi kuar awal kalu tunggu pas office hour maunye sampai ke malam ayah kat sana..Alhamdulillah ummi n Thaqif selamat sampai ke bengkel yg ayah hantar kete..
sampai sana terus amik ayah pas tu G tgk umah jap pas tu balik..bila fikir2 semula buat apa ummi nie jd penakut sangat tak baik untuk diri sendiri je..pas nie dah tekad dalam diri nak jadi Kuat Semangat n berani...sape lg nak tolong kalau tak DIRI SENDIRI...nak mintak tolong thaqif lambat lagi la dia nak tolong..Ummi kena Jd Independent

menyembur2 sampai terkuar2 beloon...semalam nenek check mulut dia rupa-rupanya sebatang gigi sudah dalam proses nak naikblh bawah...ummi nie yg tidak mengcheck,pas tu bila ummi rasa2 memang betul dah rasa tajam2 ..nenek suruh ummi tiap2 hari gosok pakai towel dalam mulut dia nanti.alhamduillah sekarang pun dia dah mula merangkak..pas tu angkat bontot tinggi2 sambil menonggeng..dia ni kdg2 ummi tgk mcm adik sin chan si himawari pantang tgk benda2 yg bersinar mesti dia akan terpegun n belek2 cnthnye brooh n rantai..suka merayap seluruh rumah.pas tu stop kat mana2 almari yg ada laci..kuat sangat anak ummi ni laci yg besar n berat pun leh ia tarik..nak tidokan dia pun senang dah tepuk2 je dia nyanyi2 sendiri pas tu pusingkan badan terus lena.dia akan terjaga kalu diapers terlalu penuh je,pas tukar terus tido sampai kul 6 ke bawah bru nak susu..pas tu sama ada tido semula or dia akan poo terus mandikan dia,pas mandi dia akan sambung tido semula..
... Thaqif Crowlling on the floor....kadang2 sampai bwh2 meja kerusi dia masuk..
Pic nie ummi amik coz tgk dia amik ekor pink panter tu pas tu masuk mulut sambil kunyah2..pas tu agaknye ekor pink panter tu rasa masin ke apa dia wat muka tak sedap..


Nie lak time dia wat hal daam keta kalu nak senyapkan dia senang je amik je pic dia pas tu tunjuk kat dia garenti dia senyum n gelak2 je nanti..



Saturday, July 11, 2009

~~ Ayah & Thaqif Wat Surprise Party !!!~~


Hari Ini Dalam Sejarah Ayah & Anak telah mengejutkan Ummi ngan wat satu birthday party untuk ummi...Ummi yg baru pulang kerja sungguh terkejut N terharu coz ayah n anak yg bersungguh2 mengujutkan ummi...THANKS AYAH!!! ummi tak harapkan apa2 cukupla sekadar ucapan n ingatan je...

Patut la ari jumaat tu masa ummi balik keje diaorg berdua lambat balik upa2nye dah ada plan ,pas tu masa ummi nak masuk paking ummi rasa mcm ada org intai2 dari atas...oooo 2 beranak dah berpakat rupanya...
N bila ummi buka je pintu ummi tgk anak & ayh yg berpeluh2 coz tutup kipas sebab nyalakan lilin & berkumandang lah lagu happy birthday dari ayah sambil Thaqif melompat2 & tersenyum2 je...ummi tgk dah ada kek kat meja...Act thun nie 1st time ummi sambut ngan ayah as a husband & Wife coz sebelum nie ayah kat kapal je...N yg lg bermakna ummi dapat sambut ngan Thaqif gak...Harap2 ummi pun dapat gak sambut Birthday ayah sama2 nanti...tak lama g je birthday ayah lak...

Kek SC dari Ayah N Thaqif ...THANKS !!!!

Disertakan Juga Hadiah untuk Birthday Ummi Tahun nie...
To Mr Hubby Thank You Very Much... Ummi sayang Both Of You Very2 Much...

~~~ Birthday ~~~

Happy Birthday To Ummi!!
& Happy 7 month Old To Ahmad Thaqif Akmal !!!
& To Wan Thaqif / Mak Ummi Pn Hasimah Bt Awang Happy Birthday juga Tomorrow lak...

Monday, July 6, 2009

~~ Dua,Tiga Hari Di Office Ummi ~~

Thaqif Bersama2 Awek2 office ummi Acik Aida & Acik Fida yg rajin melayan ..
bersama Acik Fida...Pas ni ssh kot nak jumpa dah coz acik fida akhir keje hujung bulan ni...TQ Acik Fida sebab selalu Layan saya..sembang2 n Main...



Minggu lepas ada dalam 2 or 3 kali Thaqif duk kat office ummi sementara ayah kena G Rawang untuk Mensettle kan Hal Rumah..So Terpaksa tinggalkan Thaqif kat office ummi sementara..Bukan Ayah tak leh jaga cuma kalau selalu penat gak thaqif .asyik travel je..kadang2 boring gak dia ,mau gak dia meragam kat tengah2 hiway bahaya gak kalu terpaksa stop kat tgh hiway tu..Nasib Boss Ummi Ok jek..so sepanjang duk ngan ummi kat office dia suka je coz ada ramai org nak melayan dia...1st day ngan ummi Masa Boss ummi Ada dia Tido je ....tp seelok2 je boss ummi angkat kaki meninggalkan office dia terus jaga n nak orag layan dia...Nasib la thaqif leh behave je depan boss ummi so leh la ummi bawak lagi...


Wajah yang tidak berapa ceria coz ummi letak dia tempat tersorok sikit..


Hari kedua kat office dia meragam sikit je..nasib baik pas tu dia tido lama dapat la ummi siapkan keje....










Nasib Boss ummi Spoting dapat la ummi tumpangkan Thaqif ngan ummi..
Terima Kasih Daun Keladi
Lain Hari Leh Tumpang Lagi.... ('' ,)





Thursday, July 2, 2009

~~~ SuperBoy / SuperBaby ~~~

Thaqif Sisepet yg suka sangat meneroka kawasan,n tempat yg paling dia suka ialah dibalik langsir,bila letak kat katil tepi langsir la tempat yg dia suka pegi.kalu setakat duk je tak pe ni kadang2 ummi tgk dia sengaja je lagakan kepala dia kat dinding batu tu.tak nangis pun,ummi yg tengok seram,sampai bunyi la bila dia hentak kat dinding tu..time ni ummi kuar jap je masuk2 tgk buntut dia dah terponggeng kat tepi


Pas tu kepala nye lak dah berbelit ngan langsir...


Nasib baik dia dapat memboloskan dirinya dengan mudah n cepat...
Thaqif : Wah!!! Ummi Si Camerawomen dah datang la...nak posing camnila...leh tak ayah? & Tontonilah Aksi2 superbaby nie yg En2/Pn2 Semua.








Im A SUPERBABY!!!


Selepas selesai beraksi saya telah back to normal n bukan super lg ye ummi
saya dah panas tak mau lg pakai baju tu...Sekian dari saya thaqif Si SuperBaby...