Wednesday, June 23, 2010

~~ Kentang Putar ~~

Pg td tiba2 terfikir nak buat kentang putar..tp tak tau cam mana..turun bawah terus rebus kentang resepi tak tau lg sementara rebus kentang tu mensearch resipi ..elok je kentang dh lembik..baru jumpa..hahaha.
pic semasa membuat tiada kerana...time ummi melecek kat meja time tu la gak thaqif sibuk panjat meja mana ummi nak mengacau adunan lg..nak menengok dia lg..tangan dia dah laju nak mengacau gak..
*
*
*
*
*

Comot sebab..tgh bg anakku makan..
KENTANG PUTAR

300 g kentang
1 camca besar mentega
garam secukup rasa
lada sulah atau lada hitam secukup rasa
3 camca besar susu segar

Cara membuatnya:
1. Rebus kentang sehingga menggelegak (tambah sedikit garam). Setelah menggelegak, tutup periuk dan perlahankan api. Renih 20 - 25 minit sehingga empuk.
2. Angkat, kupas kulit dan lecek sehingga halus. Masukkan mentega dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin. Tambah garam dan serbuk lada sulah.

Sos kentang putar
600 ml air rebusan ayam/daging
1 batang saderi, dicincang halus
1 bawang besar, dicincang halus
40 g mentega
40 g tepung gandum
1 camca besar tomato sos
1 camca besar sos tiram
beberapa titik kicap hitam (untuk 'mewarna' sos)
Garam & serbuk lada hitam secukupnya

Cara membuatnya:
1. Jerang air rebusan dengan saderi dan bawang sehingga mendidih. Perlahankan api dan renihkan 15 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau di atas api perlahan sehingga tidak melekat pada tepi periuk.
3. Masukkan air rebusan tadi dan kacau hingga tidak bergentel. Masukkan tomato sos dan sos tiram. Kacau sekali-sekala sehingga mendidih kemudian renihkan hingga pekat. Tambah kicap pekat agar sos kecoklatan.
4. Bubuh garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

3 comments:

sYaFiQa said...

Salam
cam cedap jek.
nktry sresipi ni leh tak?? tq

tinie & thahir said...

Syafiqa
salam kenal..
cam sedap..tp kalu try lagi sedap..
Cubalah ;-)

AYU said...

sedapnye...teringat la pulak kentang putar kfc..hehe