Monday, June 29, 2009

Salam Sume...
Jemput lah membeli belah di http://hartiniaccesories.blogspot.com
Mana tau ada yang berkenan dihati leh pakai Raya n gak hari2 biasa
sesuai gak untuk yg nak bertunang pakai masa majlis,masa majlis nikah pun cantik juga..

Wednesday, June 24, 2009

~~~ Testing ~~~




Monday, June 22, 2009

~~~ Happy Father's Day ~~~~

Special To Ayah En Ahmad Thahir Bin Abdul Malik.Happy Fathers Day..Dari Thaqif & Ummi
Sayang Ayah Selalu.....
To Abah Kat Kuala Lipis En Mokhtar Bin Ramli
To Abah F.I.L Kat KL En Abdul Malik Bin Hassan
And Selamat Hari Bapa Buat Sume Bapa2 Di Dunia...


Sempena Hari Ayah Nie Ummi Paparkan pic2 Ayah Bersama Thaqif sepanjang Thaqif di bawah jagaan Ayah Tersayang...















































































Thursday, June 18, 2009

~~ Jalan2 Di Parkson Selayang Mall ~~

Selasa memang dah plan nak G Selayang Mall sebab nak G Parkson nak beli Car seat + Chair Thaqif,ingat kan tak lama lg ayah dah nak Sailing Jd Car Seat tu di perlukan untuk memudah kan ummi membawa Thaqif di sebelah ummi.sebab dah boleh duduk tak kan nak letak dalm Bby Carrier yg Baby nyer tu lg kan dah tak muat dah..so ummi pun siap 2 dari office mandi n tukar baju sume,mesti la nak tukar baju n mandi supaya selesa nak berjalan2...nak g awal coz lepas tu leh G pasar malam lak...
Sampai sana memang cantik awal tp yg wat spoil lak Promoter bahagian tu rehat lm sngat tunggu kul 7 lbh baru ada naik...sebelum tu Sempat tawaf selayang mall tu...Yg seronok nye Thaqif la dapat jalan2 sambil tengok2 n tegur orang...

Hi Vanakem....
Pls !!ummi bg sy chance nk pilih sendiri barang saya yek?....


yey !!!!

Wah ! Ada Barang menarik la kat sana jom Ayah kita G sana ....




hehehheeh macam muka saya tak bila sotong tu senyum....dia la sotong mera man....



Cat Lover ...yg sebenar nya saya dah pernah pegang tp sat je ummi tak bagi lama2..yg ni pun kalu ikutkan tak leh ...bulu2 dia mcm same je ngan real cat..


tp yg nie saya tak berapa suka la ummi...Biar ayah je la yg pegang ...


Yg nie saya suka sangat...dah macam 2 kedai ayah bawak dia masuk..sepanjang masuk kedai2 yg penuh barang ayah kena pegang je tangan dia,takut dia mencapai brg2 ,maklum la tangan dia memang pantas menyambar ...cepat lg dr kita bl dia nak capai barang...

Dah penat jalan duk jap tunggu promoter tu lagi..sampai susu saya dah sejuk...n tak sedap dah lagi..ngamuk2 dia tak mau minum.. merajuk lak tu..


Saya jumpa MR Mickey Maus la Ummi.......



Dad Pilih barang sume n dah bayar mintak dia org antar ke kereta ..nak balik pun maghrib belum lg,pas simpan barang masuk semula ke mall,coz nak solat dulu puas gak cari surau..ayah tanya kat sorang awek so dapat le ke surau..kat 3rd Floor sebelah Car park...
dah siap solat turun n cari makan lak...Ummi n ayah order kfc...orang tak le ramai mana pun ..kat situ pun kena tunggu lama sampai thaqif pun jd boring...last 2 sempat ayah makan sikit yg lebih nye tapau je ummi makan kat umah..masuk keta Thaqif Minum susu n terus zzzzzzz,penat kot dia bergelak ketawa.
hajat nak ke pasar malam pun tak kesampaian gak...coz bila sampai area umah pun dah kul 9.40..pasar malam pun dah nak tutup.
Sampai umah Tahqif tido gak lg letak kat tilam sampai ke pagi dia lena.Ayah ngan ummi sambung makan n lepas tu sibuk memasang chair thaqif.car seat tu bila ayah dah naik kapal nanti baru pasang kat kete Ummi..sekarang thaqif masih lagi guna yg lama tu kat kete ayah.









Wednesday, June 17, 2009

''sayang abang mintak izin untuk nikah sorang lagi'

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.breast breast... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.abang yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...abang yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.abang yang dicintai,Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putramengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkanabang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd HazeryTangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Sunday, June 14, 2009

~~~ sotong Mera Man ~~~

Sotong Yg belum dimasak..
Bahan2 untuk nampak colourful..+ penambah rasa...
Sedang dimasak...

Sotong Goreng tepung bersama ikan masin..

Rupa setelah dimasak

Sedia untuk di makan...yummy2,dah makan sorang nanti tak de la kot nak masak2 mcm nie lg silap2 ummi makan nasi bungkus je...ayah ada je,umi semangat nak masak2 nie..semalam ura2 mcm ayah dah tak lama lg akan sailing...huhuhuh sedih nya...Thaqif....jaga ummi tau...Ummi Jaga Thaqif tau... :( ...tp kena hadapi gak :) .. positif thinking Ayah cari rezeki...

Saturday, June 13, 2009

~~~ Masakan Pelik ~~~

Semalam Balik keje lepas siapkan Ahmad Thaqif ummi pun memulakan sesi memasak untuk dinner kami sekeluarga...while ayah n thaqif melayan perasaan jiwang mereka berdua menonton cite apa ummi dah lupa cite apa dia org tgk...


alih kan pandangan ke camera jap...coz ummi nak take her pic...
Kusyuk menonton tv...sambil baring berbantalkan lengan ayah...


Anak n ayah yg seronok melayan perasaan menonton tv...masakan ummi semalam telur bistik
besama tomyam putih / tom yam kung yang ayah kata masakan org pelik coz ummi tak cukup bahan sebenarnye..tapi ayah makan bertambah2 juga...bagus2 !!!
dangkan bersama air susu berperisa coklat + gelas lg satu tu thaqif punya dia pun nak minum gak..nak puaskan hati dia ummi tuang air masak je ..bg dia pun rasa mcm ummi n ayah gak..

Ayah yg makan dulu sementara ummi layan thaqif..pas tu baru la ummi lak makan...

Thursday, June 11, 2009

~~~ Happy 6 month young my Lovely Son Ahmad Thaqif Akmal ~~~


  • Hari ni genap umur thaqif 6 bulan kan sayang?

  • Sekarang Thaqif Sudah berada di step ke-2 !!!

  • Ummi doakan Thaqif sentiasa sihat selalu..ummi sayang Thaqif sangat2!!!




Hi sume hari nie saya dah 6 bulan

Sekarang kesukaan dia ialah remote Astro ,pantang nampak mesti dia akan laju je nak dapatkan pat tu tekan2 ,slow volume la ,tkr chnel la.dia akn mrah kalu remote tu tak berfungsi,ayh penah kuar kan bateri n dia marah sebab tekan2 tak leh,alahai anak ummi nie mcm2 la..

Tak lama lg mybe ayah dah kena naik kapal semula so pas ni thaqif ummi hantar ke nursery ye sayang,takmau nakal2 kat sana,tak pe jgn risau ummi dekat je leh tengok thaqif time lunch hour nanti..( sebenrnye ummi yg risau ) tak tau nape mcm berat je nak berpisah ngan dia time nak kuar g keje,kdg2 rasa nak nangis pun ada gak..

Sekarang dia kalu terjaga tengah malam ummi biar je dia golek2 kat tengah2 antara ummi n ayah..pas tu dia jap2 g kat ayah jap lg g kat ummi sentuh2 muka ayah ngan ummi..kalu jauh ngan dia terasa2 je tangan dia yg lembut tu sentuh2..ummi rindu la ngan thaqif ...lagi lak time dia tak sihat mcm ni..hari nie mcm dah beransur sihat ummi rasa..harap2 sihat terus la..

Semalam Atuk + atuk sedara ngan mak de besar+ mak de kecik thaqif dari kuala lipis datang umah bermalam dalam kurang sihat tu masih sempat melayan tetamu ngan keletah dia yg buat org sayang kat dia tu,pg td bila sume org dah nak balik dia wat muka tak mau layan sebab marah kot org ramai2 tu tinggalkan dia,maklum la thaqif ni suka sangat kalu jumpa orang ramai..so skrg tinggal la berdua semula ngan ayah kat umah...td ummi call tanya ayah kata Thaqif tido..harap hari nie thaqif tak nangis2 lg mcm semalam ye..ummi tak tenang je nak keje kalu thaqif nangis or meragam...


Jap lg Ummi akan berjumpa thaqif n Ayah... ;)

Tuesday, June 9, 2009

~~~ Thaqif not feeling well ~~~


Dah 2 Hari Thaqif batuk n selsema Ari isnin tu badan panas ummi dah risau bila ayah bagi tau thaqif asyik nangis je,ummi mintak ngan boss nak balik awal nasib boss bg,nasib baik dia tak demam cian je ummi tengok dia,tido malam pun asyik terjaga2 gak,minum susu pun tak berapa nak je,susu suam je dia akan minum.mybe tekak dia tak selesa la tu,tp dia selera je bila ummi suap kan bubur nasi + kismis bertambah2 dia makan,ok gak leh cover susu yg dia tak berapa nak minum tu...
Dalam tak sihat tu kalu bawak jalan2 suka je dia tp kurang aktif seperti selalu la,yg paling ummi kesian pg td masa on the way balik jalan2 ngan ayh thaqif tiba2 nangis n muntah banyak,ayah dah panik tp nasib ayah dapat kawal keadaan ayah stop kat petrol pump jap ayh pujuk2 dia,ngan tukar baju sekali,ayah cite orang sume dah tengok 2 dia semacam je..coz ayah stop kat situ sambil salim diapers n baju sekaliye la orag mesti hairan asal la laki ni jaga anak sorang2 je,dah la ngan kaedaan ayah yg berambut panjang mcm tu ..tp tu tak jd masalah pd ayah ,memang dah selalu sgt kalu kuar kat public org akan tgk ayah semacm je.Tak pe la ayh pedulikan orang nak kata apa janji buat kerja halal kan..Jaga anak sendiri.bukan merompak anak org kan..


terpaksa kepit dia bg diam sementara nak amik suhu bwh amprit dia,makan ubat dia ok ummi just suap pakai sudu je dia minum mcm sedap je ubat tu..

Dia sangat behave samasa tak sihat diam je tengok tv..Ummi harap Thaqif cepat sembuh n leh lincah macam selalu semula.

Monday, June 8, 2009

~~~ Saya yg nak Jalan2 ~~~




~~~ Sepetang Di Shah Alam ~~~

Jumaat lepas ,lepas tgk pengatin nikah ummi n ayah mandikan thaqif kat surau coz umah penuh ngan sedara2 yg busy wat keje,tak nak kacau so mandikan Thaqif kat surau je..
balik dari surau tu singgah jap playground kat citu suka la dia dpt naik mcm 2..
Anak ummi dah seperti lampu tidur bila memakai kopiah ayah...

si cengeng ayah...ni la saya baru lepas nangis...
Nangis bila kena usik...
saya dah seperti orang besar dapat naik jongkang jongkit...
dapat naik fish yg boleh goyang2 gak....
dapat naik butterfly juga...

Thaqif dah berangan nak tunggang kuda nie...sambil mulut nganga tengok abang2 main...