Wednesday, November 23, 2011

- Jom kita sama2 kesini..tuk bersopping ibu-ibu bapak-bapak ;-) -

Sunday, November 20, 2011

2011-2011

Anak ummi yg cheeky ni telah buat request yg agak keterlaluan pada ummi n ayah dia tlh mintak ummi n ayah buat Holloween party untuk dia..Tak patut sungguh ,di gara2 tgk Disney Junior la di terpengaruh ngan fahaman org barat lak.
tp tunggu yek kalu ada rezeki bulan depan ummi plan nak buat Party tuk Abg Thaqif hadiah ummi dh ada tggu kek je tak tau nak Order ngan sape coz Fav Baker Ummi Cuti bersalin.

Ahmad Taufiq Akmal

Adik dah 1 month Old...Alhamdulillah Setakat hari ni adik sihat2 je..tido malm pun tak meragam.minum susu ummi pun ok..

Ini Saya Ahmad Taufiq Akmal..Abg ngan Ayah Hari2 tinggalkan saya ngan Ummi kat Rumah mentang2 la kita org masih dlm perintah berkurung..tak lama je lagi siap la kira org ikut je mana ayah n abg pegi..pas ni kena shopping banyak2 untuk saya tau ..Abg kita kena selalu berbaik2 tau takmau gaduh2 !!kalau gaduh2 nanti ummi marah.

Wednesday, November 9, 2011

Sekali lg dapat rasa pengalaman mengandung & Melahirkan ...Alhamdulillah Allah Mudahkan semuanya.

19-10-2011
Sesuai seperti yg disuruh ummi dgn berat hati ummi kemaskan brg2 bby + ummi + Thaqif sekali (thaqif tu tuk letak umah nenek )..terpaksa gaak ke hospital tuk serah diri..huhuhu sebab dah disuruh ( IOL @ 38 /52) kalu blm deliver lg pd tarikh tu tuk di Suruh Bersalin Secara Paksa ,ummi G pun masa tu dh ptg gak lepas solat zohor malas g pagi2.
Sampai je kat Kaunter Dewan Bersalin Tgkt 5 hospital selayang tu ummi di suruh masuk ke bilik periksa .masa tu tak fikir apa ,cuma berharap harap baby ok n tak payah la ummi kena admint ptg tu,tp Terpaksa gak ( walaupun pada mulanya ayah tak setuju tp bila fikir risiko yg bakal berlaku ummi amik keputusan admint gak ptg tu)walaupun berat hati ummi nak tinggalkan Thaqif ,maklum la selama ni mana pernah ummi berpisah dgn dia.Nasib Abg Thaqif anak yg Baik Tak buat Hal langsung n langsung tak cari ummi,tu buat ummi rasa sedih,sampai ummi kuar hospital pun dia tak pedulikan ummi pun ;-( .
Nasib Ada ayah yg uruskan ummi.Malam tu tido la kat Ward tp tido pun mcm tak tido je,Pg tu kul 4 kena check jantung Baby ,pas tu kena bg urine la.Bgn awal mandi n solat subuh siap2 sebab pg2 nanti Doc akn datang & masukkan Pil induce tu.

20-10-2011
Kul 7.15 Doc masukkan pil tu n ummi kena Baring je diam2 X leh bgn jalan2 selama sejam tuk bg ubat tu cair n sebati kat pintu rahim .Pg tu ummi langsung tak makan B/fast just minum air ngan makan Kurma je,pas dh sejam tu ummi bangun n jalan2 dgn harapan nak bg jalan tu buka cepat la konon2.Doc pun asyik dtg je jd rimas ummi.dlm kul 12 baru ada rasa sakit2 tp ummi jalan gak sambil2 tu nak cuba gak tido sebab rasa ngantuk sgt.Sempat ayah datang tghhari tu pas dh abis waktu melawat ayah ke Permata jap.
Pas tu dlm kul 3 mcm tu ummi ke toilet rasa nak kencing tp yg keluar hanya darah (takut lg)..
tp tenangkan perasaan lagi.pas tu sakit dah berterusan sampai ummi tak tertahan sgt terpaksa panggil nurse dtg,pas tu baru la doc check bukaan masa tu katanya 4 cm,masa tu ummi bg tau ayah suruh ready je kalau2 ummi dh sampai masa nak deliver,kebetulan ayah pun memang dh OTW .Ayah sampai tu memang ummi sakit yg tak tertahan lg n dh ada rasa nak meneran ni maknanya baby tu memang dh nak keluar sangat2 juga..tp memandangkan doc kata bukaan yg doc check tu masih sikit tak le dia bawak le labour n kebetulan hari tu labour room pun penuh,sampaikan ummi dgr Doc ckp kalu tak leh gak terpaksa bersalin kat ward je.
Akhirnya dlm kul 4.10 mcm tu ummi dibawak gak ke labour room,masa tu Hanya Allah je yg tahu mcm mana ummi ni terpaksa menahan rasa nak meneran tu ,takut terteran kang dtg masalah pd baby lak n Alhamdulillah ummi berjaya gak tahan sepanjang jalan nak ke Labour room tu.
Tak sure kul berapa sampai kat Labour Room tu tp ,yg ummi paling tak leh lupa masa nak tukar Bed tu Bidan tu cakap jap lg awak turun elok2 ye..kita nak tukar katil ni ummi ngan tak sabar nya tak de turun2 ke lantai pun just lompat je dr katil asal tu ke katil yg kat bilik tu tukar baju je push sekali 2 mcm tu terus Adik keluar n Bunyi dia nangis....Ya Allah Allahuakbar masa tu lega sangat ..bila dia tunjukkan baby n tangan dia suruh rasa apa jantina baby pas tu bg tau dia boy/girl.pas tu sepanjang proses keluarkan uri n tutup semula tu baby lak diletakkan kat dada ummi je..cian baby sampai terberak n terkencing dia.masa tu bilik nak mandikan baby pun penuh katanya.

Ayah tak dpt Menyaksikan Sebab Ayah Tak di Bagi masuk..& Sekembalinya ayah dr Surau Baru la ayah diberitahu.





Ni la Dia Ahmad Taufiq Akmal ...
lahir pd 4.25 ptg
berat lahir 2.63
47 cm




Abg sekarang susah sungguh nak tunjuk muka bila ummi kata nak amik pic dia..siap nyorok2 lg.
Adik yg kuning nya amik masa nak sembuh...antara penyebab nya adalah lahirnya yg terpaksa diawalkan..hati masih blm matang..selang 2 hari mesti kena g amik darah n check tahap bilirubin nya tp alhamdulillah tak mencecah ke 300..n Alhamdulillah turun hari ke hari.
Setiap kandungan n kelahiran tu kita akan rasa semuanya berbeza2..Sesungguhnya Pengalaman Melahirkan Abg Tahqif & Adik Taufiq amat Bermakna Bg Ummi..Ummi Sayang Korang Berdua sangat2..:-).

20.10.2011

Alhamdulillah..syukur pd Allah Ummi n Ayah dikurniakan seorang lg hero ..Yg Di beri nama Ahmad Taufiq Akmal Bin Ahmad Thahir..

Thursday, August 11, 2011

Sempena kepulangan ayah yg sekejap dulu..ummi guna tuk bawak Abg thaqif potong rambut..dh rimas ummi tgk dia berambut panjang..kaluu ngan ummi,asal ummi ajak langsung tak mau..ummi pun malas amik risiko kalu dia melalak kat kedai gunting nanti..tak larat nak dukung dia sbnrnya kalu dia nangis..kesian lak nanti..
Kena gak ayah pegang kepala dia,sebab tak duk diam..
Tp dgn tak disangka2 dia sangat behave time ni,sebab apa ummi pun tak tak..mungkin gak sebab sebelum dia tu dia tgk ada budak2 potong rambut ok tu yg dia pun ok jek..bagus2

time ni nasib ayah pegangkan risau ummi tgk dia pakai pisau cukur tu..
Tp tkg gunting disini,adalah tak best...n tak berapa mesra kanak2..kat shah rukh khan ok lg..

Wednesday, July 27, 2011

Ayah tgk la thaqif ni,dia sanggup je ikut ckp ummi bila ummi ckp ni ayah nak tgk thaqif nanti ni...-) (E nya terbalik..)




Thaqif Sayang Ayah.....
C = Cookies
Yg ni A for Ayah..
Setakat ni dah banyak juga huruf2 yg dia kenal..ummi order je dia akan carikan ..tp yg kelakarnya masa dia tgh cari tu dia suruh ummi tepuk tangan..nak suruh ummi sokong la tu.
ummi suka tgk dia leka je,dr petang sampai ke tgh malam..ummi dh tertido kot dia masih lg ngan ABC Train tu..
A for Ahmad T for Thaqif...

Saturday, July 23, 2011

Align Centerpg2 dah bgn bertenet..anak sape nie?

Nampak kelakar je kaki ter-gantung2..
Takde lain yg buat ummi rasa bahagia selain dr ini,bila org2 yg ummi sayang dapat jumpa..tu dah cukup tenangkan hati ummi,TQ ayah coz dapat balik walaupun sekejap..walaupun ummi tau ayah penat.Tapi Thaqif la org yg paling happy n dia tak sangka ayah datang..katanya..kalu leh 1 dunia dia nak bgtau yg ayah dia datang makan kek la,beli dia selipar baru la..mcm2 anak ayah pot-pet kan..maklumla dia kan byk mulut..

Thaqif dapat mandi sama2 ngan ayah,tak boleh langsung ayah hilang dr pandangan..takut ayah hilang,sampaikan nak ikut ayah naik kapal n work sekali ngan ayah..tp nasib dia faham bila ummi explain..tak de la dia nangis2 nak ikut ..


Happy 30th Birthday...Doa kami moga ayah dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki sihat walafiat selalu hendakNya..Ummi n Thaqif sayang Ayah..
Ummi order dr Nieza..Blueberry cheeseCake yg memang sedap........TQ nieza .
Ayah ngan anak2 yg bertopi party..
Suka la thaqif ayah suapkan lg..

Harap2 dapat la ayah sign off ...Kami masih rindu ayah walaupun baru je jumpa..;-)

Saturday, June 25, 2011

Dia dh mcm nak muntah bila dgr org muntah2..tp mulut bertanya ummi bunyi apa tu,napa dia macam tu...soalan bertimpa2 ummi nak menjawab..
Ayah ni la thaqif masa lawat nenek kat wad baru nie..mulut tak benti langsung tanya itu ..tanya ini ngan ummi...sampaikan ummi rasa bersalah sebab takut ganggu org sakit lak,tp nasib la org kat situ senang ngan kedatangan dia yg memeriahkan suasana ..sampaikan dia leh naik n baring sekali ngan sorang aunty yg dah sogok dia ngan gula2..nak tak nak ummi pasrah je la dah org bagi takkan nak tolak rezeki..sekali sekala ..kalu ngan ummi jgn harap dia dapat makan kan..

Habis dia Tuang atas selimut aunty tu pas tu makan lak...
Ummi Dah nak balik tp dia masih kat katil lg sibuk Menyembang ...

Tuesday, May 17, 2011

ummi thaqif nak solat juga

anak ayah sedang belajar solat sambil tgk buku...

solatnya tak lama..sekejap je pas tu ..melencong ke lain


Tada ayah...!! ni Thaqif
Ayah ,ini La Mia Kawan Saya...yg selalu saya ajak datang rumah main sama-sama.....


Friday, April 29, 2011

sorry ayah ..sampai hari ni pun ummi blm lg ber-story mory kat sini..dah seminggu ayah kat location..mesti kuar nanti nak baca story baru kan..almaklum la kalu thaqif tak sihat pas tu ummi pun menyusul lak..ni pun masih lg not felling well..ok pas ni ummi janji ummi letak story baru yek..

Wednesday, April 6, 2011

Counting For The 2nd

Alhamdulillah...Allah Murahkan Rezeki...Harap Semua Berjalan Lancar n Mudahkan Semuanya.
Walaupun sekarang mcm2 rasa tak best pada ummi..harap2 tak la berpanjangan.coz sekarang kena kuat nak lawan rasa malas n mual n muntah..;-).Doakan Yg terbaik..Insyallah.

Tuesday, March 15, 2011

NANO NATURE WATER FILTRATION SYSTEM


Air Menjana Kehidupan

Secara purata,seorang dewasa boleh hidup selama 5 hingga 7 minggu tanpa makanan,tetapi tidak boleh hidup lebih dari 5 hari tanpa bekalan air! Tubuh kita memerlukan 2 liter air setiap hari,yang bersamaan dengan 6 hingga 8 gelas,untuk memastikan ia berfungsi dengan normal.

APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM AIR ANDA ?
Alam semulajadi menyediakan sumber air tawar yang bersih yang akan mengalir ke dalam sungai-sungai dan jalan-jalan air.Ia seterusnya akan disalirkan ke empangan dan loji rawatan air sebelum dibekalkan melalui paip ke kediaman kita.
Sepanjang perjalanannya,bekalan air minum kita mungkin akan tercemar.

Sekiranya Anda Minum Air Yang Tercemar...
Tubuh perlu berkerja lebih kuat untuk menyingkirkan pepejal yang tidak diperlukan.
usus akan menjadi tempat timbunan toksin!
Buah Pinggang anda perlu berkerja lebih keras untuk menapis bahan toksik berlebihan* ( setiap tahun,lebih 4000 kes penyakit buah pinggang tahap akhir dilaporkan di Malaysia ).
* Sourse National Renal Registry Of Malaysia,2009

Bahan-Bahan Cemar AIr Yang Lazim
Patogen Mikrob
Mikroorganisme seperti bakteria,virus dan parasit dari kumbahan dan najis haiwan

Eleman-Eleman Radioaktif
Uranium yang terurai dalam tanah dan batu adalah sangat toksik dan boleh menyebabkan kanser dan kegagalan buah pinggang.

Bahan Cemar Organik
1.Trihalomenata ( THM ) - sejenis bahan karsinogen atau penyebab kanser yang terbentuk apabila klorin dalam air bertindak balas dengan bahan-bahan organik.
2.Racun perosak ( racun rumpai,racun serangga dan racun kulat ,dsb )
3.Bahan Kimia organik mudah meruap ( VOC ) seperti pelarut,penyahgris,benzena,gasolin dan bahan-bahan kimia toksik yang lain.

Bahan Cemar Bukan Organik
* Logam toksik seperti arsenik,barium,kromium,plumbum,merkuri dan perak dari industri-industri berat dan pap air yang berkarat.
* Nitrat ( darimendapan mineral,baja,kumbahan dan najis haiwan )

AIR BERSIH DAN BERKUALITI ADALAH BAHAN KEPERLUAN ASAS YANG BERHAK KITA MILIKI.

10 Sebab kenapa TUPPERWARE NANO NATURE WATER FILTRATION SYSTEM begitu hebat
1.Teknologi Nano-Cream berpaten berkesan untuk MENYINGKIRKAN Sehingga 99.9999%
bakteria dan 99.99% virus.
2.Penapis blok karbon berketumpatan tinggi sangat berkesan menyingkirkan 158 jenis bahan cemar!
3.Salah satu daripada sistem penapis air yang mencatatkan kadar aliran tertinggi di pasaran.*
4.Mineral bermanfaat yang wujud secara semulajadi dalam air tetap dikekalkan.
5.Air diperkaya dengan 19 jenis mineral bermanfaat dan dialkali untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum.
6.Nilai Hebat : Dengan Hanya RM0.11** bagi setap liter air,anda dapat memastikan bahawa
seisi keluarga boleh menikmati air yang bersih,selamat,berakali dan padat dengan mineral.
7.TIDAK memerlukan elektrik.
8.bentuk penapis yang kompak,penapisan yang Sempurna.
9.Tidak perlu diselenggarakan.pembersihan berkala tidak diperlukan.
10 Kompenen penapis dan prestasi diuji dan disahkan sepenuhnya oleh NSF dan WQA.
* ujian kadar aliran dijalankan keatas sistem penapisan lain ** Serendah RM559.50 untuk 5000L .

Good Design Award
Tupperware Nano Nature Water Filtration system.
Winner of the prestigious 2010 Good Design Award.
presented by the Chicago Athenaeurn.

Untuk Maklumat Selanjutnya klik NANO NATURE WATER FILTRATION SYSTEM

untuk pembelian sila contact : 019-3880431 / 016- 2964316 : Pn Hartini ..TQVM

Sticky Mode




Sunday, February 27, 2011

TQSM ...Ayah belikan Gajet baru ..

Dan Semestinya..tujuan nya ialah untuk snap gambar2 2 hero kesayangan ummi ni biar nampak jelas dan nyata..;-)