Thursday, June 4, 2009

~~~ Credit To Ayah ~~~

wah dah lama ummi tak update blog nie..busy coz pindah umah n mcm2 hal lg..
Dah Hampir Seminggu Kami Bertiga tinggal bertiga di rumah sewa kami...
Thanks to Ayah yg byk habis tenaga & $$$$ maklum la bila dah tinggal kat rumah sendiri byk nak beli kan,dulu duk umah mak sume dah sedia lengkap so skrg rasa la pulak hidup sendiri lak kan,Ayah gak yg byk kemas umh & yg paling penting Ayah jaga Tahqif sorang2 time ummi keje.
Time Ayah ada ni leh la lg ummi n thaqif bergumbira tp bila Ayh dah Sign On nanti mesti sedih kan ingat2 ayah ...Ummi boleh lg coz dah biasa thaqif la mesti rindukan ayah..Waaaaaaa ni pun dah sedih apa la ummi nie... ...tak mau cengeng la...
Thaqif lak Bgn Tido ,buka mata je mesti
  1. tengok muka ayah...hehehe ayah mesti wat lawak ngan dia kan...
  2. Ayah susukan dia
  3. Ayah mandikan dia
  4. Ayah basuh berak dia ( pas tu ayah akan bg tau ummi mcm mana berak dia )
  5. Ayah siapkan dia tuam,pakai baju.
  6. Ayah bawak dia jalan2 ... .....
Dia suka ayah bawak jalan2...masuk kete mesti dia akan tido.time merayau ayah gendong dia dalam baby carrier...ummi dulu bawak thaqif lam perut 2.6 je skrg ayah gendong dia dah 6.5 kg tugas ayah lg berat..



Semalam petang ummi balik keje tgk dia tgh meneroka kawasan n bila nampak ummi dah balik senyum je anak ummi nie..




Thaqif : Wah Ummi dah Balik !!




Lepas mandi dia baring2 depan tv sambil tgk POCOYO..tp sat je pas tu tah mana dia meneroka.
Minggu nie lak Busy nak G kenduri kahwin sok ummi dah cuti coz nak berkampung kat umah Mak Yam...kat Shah Alam.Mak Long Zira Nikah Jumaat...Sanding Sabtu & Sambut menantu Ahad...
Apa yg ummi Notice thaqif ni pantang tgk budak2 perumpuan yg berambut panjang dia mesti toleh n tengok sampai hilang dr pandangan mata dia,td masa lunch kaf foodcourt giant dia dah tegur 5 org budak perempuan cantik n jerit2 sampai suara serak..tu masuk dalam katogeri suka ngurat ke? hehehe anak ummi ni ikut sape ni?bila budak2 tu pegang2 n cium pipi dia bertambah la happy dia menjerit2...maybe dia ni katogeri peramah n suka ramai kawan...kan tahqif kan?



Friday, May 29, 2009

~~~ Sekadar Renungan Bersama Di Hari Jumaat Yg Mulia Ini ~~~

Untuk Muhasabah diri


SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang e-mail ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.



~~ Beware ~~`

Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB
Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang.. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.


Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar..

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

- forwarded email -


Gungguh Takut bila baca cite2 mcm nie..Harap Sume Ibu Bapa Berhati2.

Thursday, May 28, 2009

~~~ Bayar Hutang ~~~

Akhirnye siap jugak homework yg diberi oleh Moyang Eyza..7 hari 7 malam nak siap kan ..
kalu sek mybe dah kena buang sekolah kot..

1) The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
2) Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
3) After that tag 12 people.
And Teruskan menjawab.
Q.1 : THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY?

Opsss!! bukan 33la ,33- 3 = 30...11hb 7 ni genapla usia ummi 30tahun.... skrg ni masih 20 an lg.

Q.2 : PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST?



~~ Pantai ~~~


Q.3 : MY FAVOURITE FOOD?
Tom Yam

~~~ Byk La my favourite food ni semu yg halal dimakan & sedap
Terutama sekali Tom Yam & Semua yg berkaitan ngan Ayam
Q.4 :NICKNAME THAT I HAVE
Kalu Yg Lebih Muda Akan Panggil Ktin Yg Lbh tua & Sebaya Tinnie
Yg Plg Special Soon UMMI la


Q.5 : MY FAVOURITE COLOR?
All Colours
Q.6 : THE CITY I LIVE NOW?

Kuala Lumpur
Q.7 : THE PLACE I WAS BORN? Kuala Lipis
Q.8 : MY COLLEGE MAJOR


IT
Q.9: MY BAD HABIT? Cry

Q.10 : MY HOBBY?
Shooping
Cooking


Shooping Kat Supermarket

Q.11 : My WISH ?
Happy With Ayah & Thaqif
Twins Baby... Insyallah !!!!

~~ Surat Pertama Untk Thaqif ~~

Semalam Thaqif dapat sepucuk surat ...hehehehe..
Surat yg dikirim Oleh Enfamama Club...

untuk ummi & thaqifDidalam nye berisi sebuah buku : untuk Thaqif dan 1 artikel tentang pemakanan untuk bayi & kanak2..satu untuk ummi satu lg untuk Thaqif..Thanks Enfamama Club!!!
tapi sekejap je dia tgk n baca pas tu masuk mulut la apa lg...
Hobi nye yg semakin menjadi2 pantang nampak cermin mesti dia sembang2 ngan diri sendiri sambil gelak besar ..semalam masa ummi ngan thaqif tgk cite zati & si mawas pun dia leh gelak n sengeh2 sorang ngan org dalam tv tu..hehehe ummi tgk pun kelakar je..dia suka sgt kalu Acu & mak cu dia layan sampai tag ingat dunai la ketawa,bila org tak layan mula la jerit pas tu mcm batuk2 sikit suruh orag tgk dia je..n semalam pun nyaris2 nak terjun dati katil tgn dah paut pd tepi tilam dah nasib ummi smpt perasan kalu tak dah bedebuk jatuh la jawabnye..pas ni no more duduk kat katil lg yek duk la bawah je atas tikar num2 je..tak pun merayap je kat bawah,takut kalau2 terleka jatuh lak..Cian Anak ummi nanti...



Wednesday, May 27, 2009

~~ Cara2 menjaga Kulit Wajah + Badan + Sejukan Badan

Disebabkan kepanasan Global yg selalu wat thaqif tak selesa ummi tyr guna cara org lama2
letak bedak sejuk kat badan dia .memang dia akan rasa selesa je,sebab kalu sebelum tepek bedak tu dia rengek2 je,bila dah tepek dia nyanyi2 riang je..
Lg satu bedah sejuk ni leh tolong kurangkan ruam2 kecik kat badan gak..
sebab kalu dah berpeluh pas tu mesti badan dia naik ruam2 kecik.
mcm org dewasa gak kan kalu berpeluh kt rasa tak selesa pas tu gatal lg..
memang ummi wat cara ni lalu cuaca panas nak bg dia selesa..thaqif suka ummi pun suka..
~~~ bila dah siap tepek dia rasa nyaman + selesa terus nyanyi2 dlm bahasa dia..

~~~~ Apa2 pun Ummi Nak gak Amik pic Thaqif



~~~~~ pas tu dia meneruskan misi merayau2 meneroka kawasan...






































Tuesday, May 26, 2009

~~ Thaqif Di Rumah Moyang ~~

last week ummi ngan ayah bawak thaqif balik kampung ummi kat kuala lipis
Sungguh suka hati dia sepanjang duk kat kampung,suka la sbb ramai sgt org nak melayan dia.
kebetulan moyang thaqif ada kat umah bwk le dia melawat2 n rasa mcm mana suasana kampung yg nyaman n kurang panas berbanding KL nie..



~~~ konon2 nak amik pic dlm frame sekali kaki dia kuar lak dr frame tu heheheh
~~~ tingkap ni dari zaman Ummi belum lahir lg kot umah nie dah lama dah masih bertahan
teguh lg sampai sekarang...


~~~~ 2 Orang mat bunga ummi yg mencuba untuk mengoda.

~~~ Pose kat tingkap Kecik




~~~ Ayah Try le nak letak dagu dia kat leher baju tu nak wat mcm betul2 pakai leh
lak dia nak suap masuk mulut,tu yg nangis tu bila tak dapat ...



~~~~ gelas yg ada gambar ikan besar n org sedang memancing dah 40 lebih tahun
dah usia gelas nie..jarang2 dah dapat tgk gelas mcm nie..sampai thaqif pun nak
merasa gak minum pakai gelas nie.cubaan untk minum berjaya tp terkuar2
gak air.




~~~~ sedang sibuk nak menarik corak tikar tu konon nak suap ke mulut la
kalu dapat amik...hehehe .




~~~ Sikenit ummi yg banyak akal



Terlupa nak amik pic Oyang nye..